Saturday 18 June 2016

Respond to my old entry " master vs kahwin"

Assalamualaikum.. Salam Ramadan al mubarak.
My true attention writing this post actually to  ensure that one day when i getting older i can look back and laughing at my own peace. It just fund as fund as you laugh at other people status when they was at secondary school,  if you had ever try it lah. Alhamdulillah now i am master student still at UKM but in different field "marine science". If uoll ever read about my old entry regarding marriage vs master. you will know how silly am i that time comparing the advantages of marriage at young age vs further my study in masters. And for sure i laugh at it a lot but im not shame to said that im proud to be my old me. Open enough to let the worlds know what was disturbing my mind. 

This second paragraph im going to write in malay because my tongue get twisted and my finger stuck and freeze already. Ok guys malay ON. haha... hurm weyhh over nye aku masa degree nak fikir pasal kahwin awat la gatai sangat. masih belajaq kot masa tu haha this actually my respond to my old post ok i mention that again untuk sapa yang tak dapat sila baca my old entry. Emma emma emma ko cakap parent tak open minded nak bagi anak dia kawin awal yee..hurmmm kalau ko dari keluarga senang parent selalunya tak kesah sangat sebab mereka yakin mereka boleh bantu tanggung kau tapi kalau kau dari keluarga yang sederhana atau susah that not the priority. secara konklusinya yes idea yang aku bagi kat entry lama tu memang serkap jarang tapi ada betulnya tapi mungkin 40% or 30%..Yes the right and the only answer for that entry semestinya further my study without any doubt. Allah senangkan jalan aku untuk tak pening2 tentukan apa yang aku perlu lakukan. dan aku harap Allah takkan biarkan aku sendiri yang tentukan apa yang aku nak walau sesaat pun. sebab aku tau kalau aku yang tentukan sendiri masa depan aku tanpa pertolongan Allah mesti kelaut punya. Kalau nak cakap bertapa bersyukurnya aku bila Allah jauhkan aku dari manusia yang hanya nak singgah je dalam hidup aku for sure tak cukup satu entry. Kalau dulu parent aku takut aku nak kahwin awal. tapi bila aku sambung master pastu aku cakap kalau aku rajin aku sambung phd dia orang pulak risau aku tak kahwin haha..bukan aku tak nak kahwin dah sekarang, tapi tertiba aku rasa aku muda lagi..tertiba!! walaupun umur aku dah 23 sekarang. Pernah seorang kawan tanya kat aku.. emma kenapa eh dia orang seronok sangat nak kahwin kenapa kita tak rasa macam nak kahwin pon..jawapan aku ialah sebab dia orang ada calon, dia orang dah bercinta dulu that why dia orang tak sabar nak kahwin kalau macam kita tak de calon macam mana nak rasa kahwin..logik kan? ok entry pendek2 sudah sebab nak simpan tenaga untuk jari aku menaip paper pulak. Bye Assalamualaikum

Saturday 4 July 2015

Tak semua orang dapat rasa

Assalamualaikum..Salam ramadhan..Alhamdulillah sekarang dah habis pon pengajian dekat UKM. Sekarang aku tengah praktikal dekat salah satu hospital swasta di johor Bahru. Hospital pakar johor (KPJ). Alhamdulillahh semua berjalan dengan lancar dan siapa yang kata apa yang kita belajar tu kita tak guna sangat masa kerja??? Kita guna ok..Sangat lah berguna..Sesungguhnya tidaklah ilmu itu diciptakan sia-sia malah ia sangat mulia..Kadang-kadang rasa nak nangis tepi biosafety cabinet sebab terlampau terharu dapat mempraktikalkan teori yang dipelajari.

Pada suatu petang ataupun pagi aku pon dah lupa. Tiba-tiba incubator blood culture berbunyi..TETTETETETTT!!!...Memberi amaran bahawa ada blood culture yang positive.."Emma tolong buat C&S (culture & sensitivity) pastu gram stain sampel yang positive ni eh" suruh seorang akak MLT . Positive bermaksud ada pertumbuhan bakteria pada blood culture tersebut. Seperti kita semua tahu darah adalah salah satu tempat yang sterile dalam anggota badan kita. Sterile bermaksud tiada langsung bakteria sama ada bakteria berbahaya ataupun normal flora. Apabila darah kita sudah dijangkiti bakteria boleh dikatakan agak bahaya jugak..Menurut akak MLT lagi,dia kata kalau first test kita culture dapat bakteria lain dan second time culture dapat bakteria lain kebiasaannya akan berakhir dengan kematian. Ada juga kes yang pernah dapat Candida albican (yis) dalam darah dia.. Penyakit ini dikenali sebagai sepsis. Sepsis ini berlaku pada orang yang mempunyai  sistem imun yang sangat lemah.

Bacteria culture sampel darah tersebut


Sepsis??
Aku pon teringat suatu ketika dulu, masa aku di matrikulasi. Aku memerlukan sijil kematian arwah mak untuk melengkapkan salah satu syarat pemohonan ape ntah, aku pon tak ingat. Aku lihat punca kematian. "Sepsis"  dulu aku tak tau apa itu sepsis dan aku google lah..then google bagi tahu bahawa sepsis ialah keracunan darah disebabkan oleh kuman. Dulu  aku ingat arwah mak  meninggal sebab kanser rupanya bukan, yelah masa arwah mak meninggal aku kecik lagi masa tu tak tau sangat apa yang diperkatakan oleh orang-orang tua nie.

Aku teruskan memproses sampel darah tersebut dengan hati sedikit sebak tetapi berjaya dikawal. Bakteria apalah yang akan tumbuh kat medium ni agak nye ye. kesiannya mak cik nie..umur pesakit tersebut dalam 70++.. Sebak memikirkan, dulu orang lain yang buatkan test ni untuk arwah mak aku. sekarang aku pulak buatkan untuk mak cik nie. sekarang family mak cik nie mesti tengah tertunggu-tunggu keputusan dari lab seperti mana kami tertunggu-tunggu dulu... Takdir Allah aku belajar microbiology sekurang kurangnya aku tahu macam mana pihak hospital detect sakit arwah mak.

Keesokkan harinya, masa untuk mencerap culture semalam. Bila aku tengok bakteria yang tumbuh amatlah semangat. Dikelaskan sebagai heavy growth sebab tumbuh sehingga ke quadrant ke 3 coretan agar tersebut..Masa untuk buat sensitivity test untuk tengok bakteria nie sensitive pada antibiotik yang mana. Senang cakap antibiotik mana yang boleh bunuh bakteria nie.. kali ni akak MLT yang proceed. Dia identify sekali bakteria apa tu. Aku harap mak cik nie akan sembuh lah bila Dr bagi antibiotik nie..

Banyak kali aku cakap kat dia orang..kesiannya mak cik nie kesiannya. Muka aku pon nampak semangat nak tengok result mak cik nie.. Munggkin dia orang tak tahu kenapa aku terlebih peduli tentang kes yang satu nie jika nak dibandingkan dengan kes pesakit dengue,TB dan yang lain-lain. Maha suci Allah yang berkuasa menggaturkan segalanya yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah atas satu pengalaman yang sangat bermakna bagi aku, mungkin tidak bagi kamu semua tapi bermakna bagi aku dan tak semua orang dapat rasa.






















Saturday 13 June 2015

Please define LOVE

Redefine LOVE

My Old definition was "Love is stupidly over."
My new definition is " Love are granted by Allah and for the sake of Allah"
change my mind after I recite surah Taha, its come to something indescribable feeling when...........
i read the tafsir.
Refer Surah Taha verse 39. But i will extract just a fragment of that verse.

".............  And I bestowed upon you love from Me that you would be brought up under My eye"

Monday 4 May 2015

Typo ke spello

Assalamualaikum...
Ape kaba semua??..Bagus lah kalau sihat..banyakkan minum air jarang..train tekak tok terima satu gelen air kalau nak kekal adorable..TYPO pernah dengar?? mesti pernah kan..SPELLO?? tak pernah kan? ok tu  word baru yang aku reka.. Aku berkolaberasi dengan string engineer dengan 3 kali biological replicate dan mendapat standard deviation yang sangat rendah.. dan akhirnya tercipta satu ayat ajaib nie..maksud dia "spelling error"..

WEHH!! Aku penat kena gelak weh sebab spello..Tapi alasan yang aku bagi mesti "tu typo tuuu" nak cover malu punya pasal..Secara jujurnya itu bukan lah typo..Aku memang di lahirkan untuk tak pandai eja..AKU TAK PANDAI EJA WAHAI SEKALIAN DUNIA (pakai healer)..Memang dari lahir rasanya aku tak pandai eja..you know what? masa darjah satu cikgu soh aku eja BOLA pon aku tak reti..Hah satu lagi pencerahan..bukan setakat bahasa ingeris je ye aku tak pandai eja kadang2 terms bahasa melayu pon aku salah eja..Dulu masih ingat sorang kawan secondary school aku cakap "Emma aku pelik la dengan kau nie..tak pandai eja tapi pandai,, pointer tinggi" ..peringatan disini..pointer tinggi tu  pointer masa matrik ok, bukan dekat UKM.Pointer UKM alhamdulillah SOSO je.

Meh aku kasi clear meh..Apa yang di rasai oleh golongan seperti aku nie..Aku yakin mesti ramai lagi individu kat luar sana yang mengalami masalah seperti aku..Aku akan guna kata ganti nama  kami, untuk membela  individu senasib dengan aku di luar sana.

1) Masalah utama kami ialah dengan ayat "....rt" dan "....rd" Ok aku bagi contoh untuk menambah simpati di lubuk hati korang.. ( contoh : standart ke standard ehhhhh)

2) Ehhhh huruf nie ade "t" ke tak eh?? aduhh pecah kepala aku nak letak ke tak letak "t" nie!!??..Letak jelah biar lebih jangan kurang orang tua kata >o<.. (contoh : join ke joint ehh???) Dalam kes ni dua2 betul..tetapi dua2 membawa maksud yang lain..betul tak?..bila aku salah guna ayat ni tak ke jadi huru hara dunia..Nie pernah terjadi masa vasilissa.hijabs (aku founder) nak buat giveaway contest..
" Hye dear come and joint our giveaway contest, Special prize will be given to the lucky one"
Ecehhhh!!! ayat nak sweet yet 100% persuasive gitu..ingat betul sangat lah tu...aku pon post kat IG..
5 minit  kemudian business partner aku message  "Emma ape tuuuu!!....joint tu kat tulang..adoiiyaii...g tuka join" ..Aku kecewa lap air mata guna span basuh pinggan ..

3) Double "s" pastu "p" pon nak double lah..haaa baru  sedap bunyi dia.. "sshopping"..terasa puas hati kalau dapat letak huruf tu double baru pekat pronunciation dia..padahal dah macam orang gagap dah bunyi nya.Kalau bahasa melayu huruf  "k" selalu buat hal dalam ruang minda aku.. (contoh : kebanyakkan ke kebanyakan)

Tapi tak da lah semua yang salah tu aku spello..kadang2 memang aku typo..Tak lah dasyat sangat spello syndrome aku nie.. pasal perfect and prefect tuuu puas kawan aku gelak..Aku nak warning nie.."tu aku TYPO laaaaaa".kadang2 jari kita bila menaip laju dia akan ada malsalah confuse landing dekat huruf mana..lagi2 bila kita tak tengok key board.. Kat sini aku sengaja highlight perkataan malsalah tuu..haaa tu finger landing confuse disorder..Masalah nie pon sering terjadi dekat aku...

for those yang pandai mengeja or pandai mengarang or mengubah ayat menjadi suatu seni yang indah di dengar,di baca..Alhamdulillah teruskan usaha menulis...Korang awesome di mata kami.

** istilah seperti string engineer, finger landing confuse tu sengaja di reka untuk tujuan peribadi.
#Aku_kaki_bebel_aku_bukan_penulis
#blog_aku_bukan_blog_rasmi_kerajaan
#tetiba









Thursday 30 April 2015

I will listen to you

Assalamualaikum.. today i would like to story about my life..Yaa ofcourse blog aku memang story pasal aku.. Actually not.. I would like to story about MY FRIEND againt!! Today the victim is NIEZA KHALID..

Dia nie lately ni aku tengok lain macam sikit..masa tu aku bersantai-santai di bilik dia sambil menikmati megi curry buatan air tangan ku sendiri..but then aku aju kan satu soalan yang aku rasa cukuuuuuppp jelas...But then Dia confident jawab panjang lebar tanpa bertanyakan adakah betul jawapan y dia berikan tu lah yang aku mahukan..Then aku cakap..aku tanya pasal farah..then dia dengan muka selamba meneruskan conversation dengan menyambung jawapan yang dia anggap tu lah yang aku nak dengar..and  then my reaction was..LAYANKAN AJE...aku pon sambung jelah conversation tu..mungkin aku silap..suara terlalu ayu sampai sukar di fahami..dengan nieza pon nak suara ayu..Nieza masih normal..aku yang silap ni tanya berbelit2 mungkin..Wahhh kawan yang baik aku nie.. Ok hari nie..nieza ketuk bilik aku..dia baru balik lab dan dia belikan kebab sebab dia tahu aku tak buka puasa lagi..HOWWW SWEETTT!!! dia tanya nak daging ke ayam..aku jawab tak pa ko pilih la mana yang ko nak..dia cakap elelele nak daging kannnnn...haha tu kelakar haishh minah nie ko dah beli kan takkan aku nak demand..Then dia bagi aku daging WAHHHH terharunyaaa...Pastu aku tanya farah pon dah siap Lab ke dah balik?? Dia jawab..tak lagi nanti kena masuk lab lagi nak buat ekperiment ape ntah aku lupa...cara dia jawab tu macam soalan aku ialah...Lab work kau dah habis lah nie?? soalan tu biasa di tanya lah sebab sekarang ni waktu kritikal kejar due date nak submit thesis..aku : owh then farah dah balik jugak lah.. then jawapan dia still sama dia kena masuk lab sambung kerja yang masih berbaki..Aku pon apalagi..Owhh ok2 then senyum kat dia..pastu tutup pintu bilik dan gelak sepuas hati..kahkah..awat hang nieza semenjak bday hang har tu aku tanya lain jawapan hang lain..sampai aku yang kena mengalah terima jawapan hang..Faktor usia mungkin..
Happy belated birthday nieza semoga ceria selalu and keep ceria..takpa aku tak kesah pon jawapan kau lain dari yang aku tanya sebab aku sayang ko dunia akhirat..Keep being nieza khalid..u almost prefect friend..Almost eh bukan perfect persan lebih aku siku ko kang..

Bye assalamualaikum =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jejak anda