Saturday 4 July 2015

Tak semua orang dapat rasa

Assalamualaikum..Salam ramadhan..Alhamdulillah sekarang dah habis pon pengajian dekat UKM. Sekarang aku tengah praktikal dekat salah satu hospital swasta di johor Bahru. Hospital pakar johor (KPJ). Alhamdulillahh semua berjalan dengan lancar dan siapa yang kata apa yang kita belajar tu kita tak guna sangat masa kerja??? Kita guna ok..Sangat lah berguna..Sesungguhnya tidaklah ilmu itu diciptakan sia-sia malah ia sangat mulia..Kadang-kadang rasa nak nangis tepi biosafety cabinet sebab terlampau terharu dapat mempraktikalkan teori yang dipelajari.

Pada suatu petang ataupun pagi aku pon dah lupa. Tiba-tiba incubator blood culture berbunyi..TETTETETETTT!!!...Memberi amaran bahawa ada blood culture yang positive.."Emma tolong buat C&S (culture & sensitivity) pastu gram stain sampel yang positive ni eh" suruh seorang akak MLT . Positive bermaksud ada pertumbuhan bakteria pada blood culture tersebut. Seperti kita semua tahu darah adalah salah satu tempat yang sterile dalam anggota badan kita. Sterile bermaksud tiada langsung bakteria sama ada bakteria berbahaya ataupun normal flora. Apabila darah kita sudah dijangkiti bakteria boleh dikatakan agak bahaya jugak..Menurut akak MLT lagi,dia kata kalau first test kita culture dapat bakteria lain dan second time culture dapat bakteria lain kebiasaannya akan berakhir dengan kematian. Ada juga kes yang pernah dapat Candida albican (yis) dalam darah dia.. Penyakit ini dikenali sebagai sepsis. Sepsis ini berlaku pada orang yang mempunyai  sistem imun yang sangat lemah.

Bacteria culture sampel darah tersebut


Sepsis??
Aku pon teringat suatu ketika dulu, masa aku di matrikulasi. Aku memerlukan sijil kematian arwah mak untuk melengkapkan salah satu syarat pemohonan ape ntah, aku pon tak ingat. Aku lihat punca kematian. "Sepsis"  dulu aku tak tau apa itu sepsis dan aku google lah..then google bagi tahu bahawa sepsis ialah keracunan darah disebabkan oleh kuman. Dulu  aku ingat arwah mak  meninggal sebab kanser rupanya bukan, yelah masa arwah mak meninggal aku kecik lagi masa tu tak tau sangat apa yang diperkatakan oleh orang-orang tua nie.

Aku teruskan memproses sampel darah tersebut dengan hati sedikit sebak tetapi berjaya dikawal. Bakteria apalah yang akan tumbuh kat medium ni agak nye ye. kesiannya mak cik nie..umur pesakit tersebut dalam 70++.. Sebak memikirkan, dulu orang lain yang buatkan test ni untuk arwah mak aku. sekarang aku pulak buatkan untuk mak cik nie. sekarang family mak cik nie mesti tengah tertunggu-tunggu keputusan dari lab seperti mana kami tertunggu-tunggu dulu... Takdir Allah aku belajar microbiology sekurang kurangnya aku tahu macam mana pihak hospital detect sakit arwah mak.

Keesokkan harinya, masa untuk mencerap culture semalam. Bila aku tengok bakteria yang tumbuh amatlah semangat. Dikelaskan sebagai heavy growth sebab tumbuh sehingga ke quadrant ke 3 coretan agar tersebut..Masa untuk buat sensitivity test untuk tengok bakteria nie sensitive pada antibiotik yang mana. Senang cakap antibiotik mana yang boleh bunuh bakteria nie.. kali ni akak MLT yang proceed. Dia identify sekali bakteria apa tu. Aku harap mak cik nie akan sembuh lah bila Dr bagi antibiotik nie..

Banyak kali aku cakap kat dia orang..kesiannya mak cik nie kesiannya. Muka aku pon nampak semangat nak tengok result mak cik nie.. Munggkin dia orang tak tahu kenapa aku terlebih peduli tentang kes yang satu nie jika nak dibandingkan dengan kes pesakit dengue,TB dan yang lain-lain. Maha suci Allah yang berkuasa menggaturkan segalanya yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah atas satu pengalaman yang sangat bermakna bagi aku, mungkin tidak bagi kamu semua tapi bermakna bagi aku dan tak semua orang dapat rasa.






















Saturday 13 June 2015

Please define LOVE

Redefine LOVE

My Old definition was "Love is stupidly over."
My new definition is " Love are granted by Allah and for the sake of Allah"
change my mind after I recite surah Taha, its come to something indescribable feeling when...........
i read the tafsir.
Refer Surah Taha verse 39. But i will extract just a fragment of that verse.

".............  And I bestowed upon you love from Me that you would be brought up under My eye"

Monday 4 May 2015

Typo ke spello

Assalamualaikum...
Ape kaba semua??..Bagus lah kalau sihat..banyakkan minum air jarang..train tekak tok terima satu gelen air kalau nak kekal adorable..TYPO pernah dengar?? mesti pernah kan..SPELLO?? tak pernah kan? ok tu  word baru yang aku reka.. Aku berkolaberasi dengan string engineer dengan 3 kali biological replicate dan mendapat standard deviation yang sangat rendah.. dan akhirnya tercipta satu ayat ajaib nie..maksud dia "spelling error"..

WEHH!! Aku penat kena gelak weh sebab spello..Tapi alasan yang aku bagi mesti "tu typo tuuu" nak cover malu punya pasal..Secara jujurnya itu bukan lah typo..Aku memang di lahirkan untuk tak pandai eja..AKU TAK PANDAI EJA WAHAI SEKALIAN DUNIA (pakai healer)..Memang dari lahir rasanya aku tak pandai eja..you know what? masa darjah satu cikgu soh aku eja BOLA pon aku tak reti..Hah satu lagi pencerahan..bukan setakat bahasa ingeris je ye aku tak pandai eja kadang2 terms bahasa melayu pon aku salah eja..Dulu masih ingat sorang kawan secondary school aku cakap "Emma aku pelik la dengan kau nie..tak pandai eja tapi pandai,, pointer tinggi" ..peringatan disini..pointer tinggi tu  pointer masa matrik ok, bukan dekat UKM.Pointer UKM alhamdulillah SOSO je.

Meh aku kasi clear meh..Apa yang di rasai oleh golongan seperti aku nie..Aku yakin mesti ramai lagi individu kat luar sana yang mengalami masalah seperti aku..Aku akan guna kata ganti nama  kami, untuk membela  individu senasib dengan aku di luar sana.

1) Masalah utama kami ialah dengan ayat "....rt" dan "....rd" Ok aku bagi contoh untuk menambah simpati di lubuk hati korang.. ( contoh : standart ke standard ehhhhh)

2) Ehhhh huruf nie ade "t" ke tak eh?? aduhh pecah kepala aku nak letak ke tak letak "t" nie!!??..Letak jelah biar lebih jangan kurang orang tua kata >o<.. (contoh : join ke joint ehh???) Dalam kes ni dua2 betul..tetapi dua2 membawa maksud yang lain..betul tak?..bila aku salah guna ayat ni tak ke jadi huru hara dunia..Nie pernah terjadi masa vasilissa.hijabs (aku founder) nak buat giveaway contest..
" Hye dear come and joint our giveaway contest, Special prize will be given to the lucky one"
Ecehhhh!!! ayat nak sweet yet 100% persuasive gitu..ingat betul sangat lah tu...aku pon post kat IG..
5 minit  kemudian business partner aku message  "Emma ape tuuuu!!....joint tu kat tulang..adoiiyaii...g tuka join" ..Aku kecewa lap air mata guna span basuh pinggan ..

3) Double "s" pastu "p" pon nak double lah..haaa baru  sedap bunyi dia.. "sshopping"..terasa puas hati kalau dapat letak huruf tu double baru pekat pronunciation dia..padahal dah macam orang gagap dah bunyi nya.Kalau bahasa melayu huruf  "k" selalu buat hal dalam ruang minda aku.. (contoh : kebanyakkan ke kebanyakan)

Tapi tak da lah semua yang salah tu aku spello..kadang2 memang aku typo..Tak lah dasyat sangat spello syndrome aku nie.. pasal perfect and prefect tuuu puas kawan aku gelak..Aku nak warning nie.."tu aku TYPO laaaaaa".kadang2 jari kita bila menaip laju dia akan ada malsalah confuse landing dekat huruf mana..lagi2 bila kita tak tengok key board.. Kat sini aku sengaja highlight perkataan malsalah tuu..haaa tu finger landing confuse disorder..Masalah nie pon sering terjadi dekat aku...

for those yang pandai mengeja or pandai mengarang or mengubah ayat menjadi suatu seni yang indah di dengar,di baca..Alhamdulillah teruskan usaha menulis...Korang awesome di mata kami.

** istilah seperti string engineer, finger landing confuse tu sengaja di reka untuk tujuan peribadi.
#Aku_kaki_bebel_aku_bukan_penulis
#blog_aku_bukan_blog_rasmi_kerajaan
#tetiba









Thursday 30 April 2015

I will listen to you

Assalamualaikum.. today i would like to story about my life..Yaa ofcourse blog aku memang story pasal aku.. Actually not.. I would like to story about MY FRIEND againt!! Today the victim is NIEZA KHALID..

Dia nie lately ni aku tengok lain macam sikit..masa tu aku bersantai-santai di bilik dia sambil menikmati megi curry buatan air tangan ku sendiri..but then aku aju kan satu soalan yang aku rasa cukuuuuuppp jelas...But then Dia confident jawab panjang lebar tanpa bertanyakan adakah betul jawapan y dia berikan tu lah yang aku mahukan..Then aku cakap..aku tanya pasal farah..then dia dengan muka selamba meneruskan conversation dengan menyambung jawapan yang dia anggap tu lah yang aku nak dengar..and  then my reaction was..LAYANKAN AJE...aku pon sambung jelah conversation tu..mungkin aku silap..suara terlalu ayu sampai sukar di fahami..dengan nieza pon nak suara ayu..Nieza masih normal..aku yang silap ni tanya berbelit2 mungkin..Wahhh kawan yang baik aku nie.. Ok hari nie..nieza ketuk bilik aku..dia baru balik lab dan dia belikan kebab sebab dia tahu aku tak buka puasa lagi..HOWWW SWEETTT!!! dia tanya nak daging ke ayam..aku jawab tak pa ko pilih la mana yang ko nak..dia cakap elelele nak daging kannnnn...haha tu kelakar haishh minah nie ko dah beli kan takkan aku nak demand..Then dia bagi aku daging WAHHHH terharunyaaa...Pastu aku tanya farah pon dah siap Lab ke dah balik?? Dia jawab..tak lagi nanti kena masuk lab lagi nak buat ekperiment ape ntah aku lupa...cara dia jawab tu macam soalan aku ialah...Lab work kau dah habis lah nie?? soalan tu biasa di tanya lah sebab sekarang ni waktu kritikal kejar due date nak submit thesis..aku : owh then farah dah balik jugak lah.. then jawapan dia still sama dia kena masuk lab sambung kerja yang masih berbaki..Aku pon apalagi..Owhh ok2 then senyum kat dia..pastu tutup pintu bilik dan gelak sepuas hati..kahkah..awat hang nieza semenjak bday hang har tu aku tanya lain jawapan hang lain..sampai aku yang kena mengalah terima jawapan hang..Faktor usia mungkin..
Happy belated birthday nieza semoga ceria selalu and keep ceria..takpa aku tak kesah pon jawapan kau lain dari yang aku tanya sebab aku sayang ko dunia akhirat..Keep being nieza khalid..u almost prefect friend..Almost eh bukan perfect persan lebih aku siku ko kang..

Bye assalamualaikum =D

Saturday 25 April 2015

Firm Your Faith

#CP
Daripada seorang sahabat yang mengarang rangkap ni sendiri..Amazing..Copy paste tanpa kebenaran..ngeh ngeh..ampun ya tuan punya kata-kata hikmah..

'''::Sabar,
Kehidupan hanya lakaran dongengan untuk manusia bermain,
Pedihnya hati ibarat tombak yg ditusuk kedalamnya lantas yg keluar bukan darah tpi air mata bertitisan,
Jangan harapkan manusia memahami raja yg mengawal diri yg alpa,
Manusia pasti akan mengecewakan kita tidak kira sebaik mana pun kita berbuat baik padanya,
Hikayat perjalanan cerita hanyalah dri mu keseorangan dri mula sehinggalah ke hujung nyawa,
Oleh itu, apakah kamu masih bergantg pada manusia lagi,
Manusia tiada apa2 lantas bergntunglah pada Tuan manusia,
Yg mncipta kamu dari tanah sehingga lah kamu dikembalikn,
Bersama kamu dari mula hingga akhir perjalanan dunya,
Kau sembunyikn dosa mu dari makhlukKu dan dtg pada Ku dgn penuh dosa,
Akan disoal apakah yg telah dilakukn di dunya untk menyelamatkan dri ini,
Jgn harapkan siapa2 menolongmu kerana yg didengari sudah ditakuti,
Manusia sibuk dengan amalan sendiri dilakukan apabila bertemu denganNya,
Untuk dijadikan hujah menyelamatkan dirinya sendiri,
Oleh itu adakan engkau masih bergantung pada manusia,
"Sahabat" sangat sukar ditakrif secara holistik kerana ku masih kabur dalm mencarinya,
Ingatlah kau keseorangan dari mula hingga akhir,
Tiada apa menolong dri mu hanya dri mu sendiri,
Jika engkau kecewa dengan sikap manusia sabarlah ,
Itu ungkapan yg ringkas tapi sukar untuk digalas oleh driku,
Berbuat baik lah pada manusia walaupon sebelah pihak sahaja bertepuk tngan,
Jangan harap untuk dibalas kerna jika bukan di dunya pasti disana menanti.
Wahai manusia , Sabarlah ;;'''

Friday 27 March 2015

Assalamualaikum..Sekarang ni aku tengah kat dalam lab..yee dalam lab pada pukul 2.14 pagi..takda ape yang nak dikeluhkan sebab aku lebih prefer macam ni.sekurang kurangnya tak da student post grad kat lab..ngehngeh..sebab dia orang pon sekarang tengah sebok membuta kat rumah or kolej masing-masing kot...bukan tak suka post grad yee jangan salah paham..tapi kalau takda dia orang aku boleh menari-nari kat lab ni dengan irama leturpan eppendorf tiub aku yang di didihkan di dalam waterbath ..Alhamdulillah lab work aku dah pon capai objektif ke-2 tengah work on objektif ketiga.ok fine!! aku tahu ramai dah yang dah habis lab work dia orang secara total pon, but im still at the critical stage mengejar due date setelah di reject banyak kali oleh SV dan terpaksa repeat..but never mind that one of learning process.Alhamdulillah..BTW apa ye final year aku.membebel tentang FYP tapi tajuk tak cerita kan.pandai!! boring lahhh emma boring..tada siapa nak tahu tajuk final year project ko ape.. T_T ...

ok tak cerita pasal FYP..just aku nak bagi satu quotes yang aku dapat dari pengalaman hidup aku.. MASA LAPANG MEMBUNUH PEMUDA.Betul ke tak?? Dek kerana banyaknya masa lapang pemuda akan cenderung ke arah melakukan perbuatan yang dapat mengisi masa lapang dan most of   the time ke arah kelalaian...kalaulah masa lapang yang Allah bagi tu kita sedar untuk guna kearah kebaikan, kanlah bagus macam tu..tapi susah..bila kita sebuk kita akan sangat menghargai masa lapang tu kan.tapi masa lapang tu pon salah satu nikmat yang Allah bagi kat kita.
Salah satu surah yang aku suka baca masa dalam solat is surah Al-'Asr tak tahu lah kenapa aku suka baca..bila aku baca dalam solat aku akan ingatkan diri aku sendiri..sesungguhnya manusia tu selalu berada dalam kerugian.Tapi ade pengecualian...kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.


Tuesday 13 January 2015

SAYANG NENEK

Assalamualaikum.. aku harap sangat tade sape baca entry aku  kat blog nie.. aku rasa nak luahkan semua benda kat sini. haishhhhh... tapi takleh!! buatnya ade penggemar blog aku stalk aku tak pasai kantoi segala isi hati aku..

Ya Allah kalau lah kan aku di bagi pilihan aku nak sangat boleh tipu diri sendiri..aku tanak pon skill meroket tipu orang.. aku just nak skill tipu diri sendiri..come on plizz hati  emma tertipu dengan diri sendiri...kadang2 tak perlu paham pon ape aku nak sampaikan sebab aku lagi suka kalo tade siapa paham ape aku nak sampaikan..tapi aku nak luah jee...

Macam mana ye nak rasa cinta pada Allah..Allahu kenapa susah sangat..kadang2 aku rasa macam ajet2 baik je padahal hati aku nie Allah je tahu...kalau la aku baik aku tak mengharap cinta manusia punya lah kan..kalau aku cinta Allah takkan aku solat lambat..

aku merasakan yang sekarang ni aku tengah ade konflik yang tak dapat orang paham..eh bukan tak dapat orang paham..aku tak dapat nak bagi orang paham..bayangkan la dengar lagu nasyid pon aku nangis beriya ape yang aku sedeh sangat pon aku tak tau.macam psiko pon ade. pastu g depan cermin tengok muka sendiri..woiii ko gila eh nangis terrrtiba..

AKU TAKUT!! Aku takut ibadah aku Allah tak terima..aku takut solat aku, bacaan Al-quran aku tak melayakkan aku menjadi wanita syurga sebab aku simpan cinta pada dunia..Aku takut bila nyawa aku di tarik aku dalam keadaan lalai.. dalam kubur malaikat mungkar dan nangkir tanya ma rabbuka aku tak dapat jawab...lepas tu di padang mahsyar Allah nilai solat aku fail..aku nangis.. Allah nilai ibadah aku yang lain tiada keikhlasan..Di tanya lagi  masa yang Allah bagi kamu buat apa SITI NUREMA SYAHIRA??? terketar aku nak jawab.. Ya Allah aku hanya melalaikan diri aku di dunia,  masa aku banyak dihabiskan dengan kenikmatan dunia..masa aku banyak dibazirkan dengan memikirkan soal siapakah zauj ku Ya Allah...AKU TAKUT!! bila dajal datang pada aku..rupanya aku pengikut dajal bukan pengikut imam Mahdi..Allahu..sekarang mulut boleh la kata aku tanak jadi pengikut dajal..tapi waktu nya akan sampai dimana iman yang hanya akan menentukan segalanya..

Aku banyak kali rebah..REBAH bangun rebah dan bangun..dan aku takut bila sampai ajal di saat aku tengah rebah..CINTA DUNIA...CINTA DUNIA... ini bukan isu berbakti ketika di dunia untuk dibawa ke akhirat tau..nie kes CINTA DUNIA MELEBIHI CINTA AKHIRAT....RASULULLAH I NEED YOU..Rasulullah zaman ini sangat mencabar untuk aku..Ya Rasulullah aku bagai tiada sumber yang mampu aku percaya 100% selain mu..Rasulullah tengoklah apa jadi dengan ummat islam,aku yang lemah bila tengok jadi semakin lemah..

untuk semua wanita aku ade creat satu doa:
Ya Allah padamkanlah cintaku pada ajnabi.Datangkannya semula selepas selesai akad ku..

Satu fakta yang aku dapat dari seorang kawan.. Dia kata lelaki nie hatinya berbolak balik..Uolls jangan lah berani bukak hati beb.. walaupun dia kata nak datang masuk minang.. jap lagi setahun kemudian dia kata.."Saya pun tak yakin dengan hati saya, sebab hati kan sifatnya berbolak balik"..Mampu ko nak balas?? kecuali dia mintak alamat rumah pastu cakap saya tengah start engine kereta nie nak pergi rumah parent awak..ha time tu ko boleh la consider2 sikit.. PAPE PON Doa kalau ada nama ajnabi dalam hati tu mintak Allah padamkan.. Mampu tak mampu tu belakang cerita la...

Saturday 10 January 2015

Eh nak comment la mana tau boleh kongsi ilmu...KRIKKRIK

Assalamualaikum..
sekarang musim exam week..ye aku memang suka udate time study week sebab time nie jelah aku dapat dok atas meja sambil sedikit kebosanan melihat nota..padahal ko tak tau kalau boleh dilihat pahala yang bakal Allah anugerahkan kerana berjihad menuntut ilmu... sungguh ko takkan bosan... cliche sangat ayat.. tapi nak buat macam mana hakikat memang kadang2 sifatnya cliche.

ok nak berkongsi sedikit cerita.. pernah tak korang rasa bila kawan update status di FB tiba2......... EHHH benda nie aku pernah baca laa masa tu..aku tau..nak comment la kat status dia mana tau dapat berkongsi ilmu.. dengan semangat dahi berkerut aku pon mereka ayat...delete balik...tapi aku tak layak pon nak comment kat status orang hebat ilmu agama ni.. ahh comment aja la mana tau dapat eratkan silaturrahim..selalu bertegur gitu2 je.. sambil kongsi ilmu sambil erat kan silaturahim.. karang balik ayat andddddd ENTER! ...HUH LEGA jatuh keringat jantan aku.. clinKK!! noti FB "sepolan like your comment"... T_T.. terasa diriku tidak layak bergaul dengan kalian..yelah diri ni tak banyak ilmu..tak layak bagi pandangan.. comment tu dia biarkan sepppii tanpa sebarang teguran..tapi kenapa selalunya dia balas je comment orang lain..

Time tu banyak lahhh syaitan dok bisik kat cuping telingga aku nie..dah la iman tipis bak kulit bawang di goreng kecut..aku tak dapat menahan spiko dari syaitan aku pon terus berkecil hati.. takpa lah lain kali kite tak comment dah kat status awak..kita bukan kawan rapat awak pon..

Hati-hati ye kawan2... kadang2 ape yang kita buat kita tak sangka pon boleh mengecilkan hati orang..itu baru di alam maya..di alam nyata lagi lah banyak agaknya kita kecil kan hati kawan..buat releks sahabat2.. biar lah adil pada semua rakan agar tiada yang berkecil hati..Bercerita bedasarkan pengalaman pernah mengecilkan hati kawan dan sekarang hati aku pulak yang mengecil mengecut..

Ukhuwah fillah abadan abada..

muhasabah diri sambil gigit telinga teddy bear.. T_T.. Astarghfirullahalazim.. aku berkawan kerana Allah..kenapa perlu bersangka buruk..kenapa perlu berkecil hati..mungkin ada sebab dia tak membalas comment aku kerana sedang belajar..yelah nama pon study week sekarang..dia sempat like jeeee..tu pon tangan sebelah kanan like tangan sebelah kiri tekan calculator..kaki belah kanan tulis jawapan kaki belah kiri............. tak de idea... haishhhh...

PUBLISH.. pusing belakang..bangun dari kerusi muka kecewa..pegang katil..
Allahuakbar noti FB masuk time aku tengah tulis entry nie,,dia balas comment aku..haaaaa kan ceq dah cakap bersangka baiklah kamu.. ishhh degil..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jejak anda