Saturday 11 May 2013

SWEDISH IKEA MEATBALL


Assalamualaikum..
pertama kali aku nak share pasal resepi. tadi mase boring-boring saja lah blog walking tengok makanan ape yang sedap..Itu tema blogwalking hari nie...mencari makanan tersedap di dunia.. tertiba nampak meat ball yang menggoda iman aku nie..dan tanpa segan silu aku pon minta lah kebenaran sis nie untuk meng share resepi dia nie.. http://faafeefoo.blogspot.com boleh lah jenguk ye kalau nak cari resepi yang enak2 belaka.yummmmm....


SWEDISH IKEA MEATBALL


SILAKAN TERLIUR




--meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.
--kentang goreng secukupnya.
--1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit

--gravy :
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu gula 
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging

~cairkan butter guna api perlahan. tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
~masukkan tepung gandum. kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
~masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. kacau rata dan biar sampai mendidih.
~sentiasa kacau bagi tak berketul. perasakan dgn garam jika terasa tawar. kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
~kacau sebati. tutup api, blender gravy tadi hingga halus. tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. kacau sentiasa. apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy!


gila kau terliur aku..untuk student ukm yang akan cuti sem tak lama lagi sila lah selalu berkunjung ke blog sis nie yee...untuk belajar memasak..jangan risau resepi sudah complete mudah faham..tak yah kuar duit beli buku resepi..kalau pandai masak lepas nie boleh kahwin ye dak? 


Tapi dalam kamus hidup aku nie makanan tersedap di dunia nombor satu.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jejak anda