Saturday 4 July 2015

Tak semua orang dapat rasa

Assalamualaikum..Salam ramadhan..Alhamdulillah sekarang dah habis pon pengajian dekat UKM. Sekarang aku tengah praktikal dekat salah satu hospital swasta di johor Bahru. Hospital pakar johor (KPJ). Alhamdulillahh semua berjalan dengan lancar dan siapa yang kata apa yang kita belajar tu kita tak guna sangat masa kerja??? Kita guna ok..Sangat lah berguna..Sesungguhnya tidaklah ilmu itu diciptakan sia-sia malah ia sangat mulia..Kadang-kadang rasa nak nangis tepi biosafety cabinet sebab terlampau terharu dapat mempraktikalkan teori yang dipelajari.

Pada suatu petang ataupun pagi aku pon dah lupa. Tiba-tiba incubator blood culture berbunyi..TETTETETETTT!!!...Memberi amaran bahawa ada blood culture yang positive.."Emma tolong buat C&S (culture & sensitivity) pastu gram stain sampel yang positive ni eh" suruh seorang akak MLT . Positive bermaksud ada pertumbuhan bakteria pada blood culture tersebut. Seperti kita semua tahu darah adalah salah satu tempat yang sterile dalam anggota badan kita. Sterile bermaksud tiada langsung bakteria sama ada bakteria berbahaya ataupun normal flora. Apabila darah kita sudah dijangkiti bakteria boleh dikatakan agak bahaya jugak..Menurut akak MLT lagi,dia kata kalau first test kita culture dapat bakteria lain dan second time culture dapat bakteria lain kebiasaannya akan berakhir dengan kematian. Ada juga kes yang pernah dapat Candida albican (yis) dalam darah dia.. Penyakit ini dikenali sebagai sepsis. Sepsis ini berlaku pada orang yang mempunyai  sistem imun yang sangat lemah.

Bacteria culture sampel darah tersebut


Sepsis??
Aku pon teringat suatu ketika dulu, masa aku di matrikulasi. Aku memerlukan sijil kematian arwah mak untuk melengkapkan salah satu syarat pemohonan ape ntah, aku pon tak ingat. Aku lihat punca kematian. "Sepsis"  dulu aku tak tau apa itu sepsis dan aku google lah..then google bagi tahu bahawa sepsis ialah keracunan darah disebabkan oleh kuman. Dulu  aku ingat arwah mak  meninggal sebab kanser rupanya bukan, yelah masa arwah mak meninggal aku kecik lagi masa tu tak tau sangat apa yang diperkatakan oleh orang-orang tua nie.

Aku teruskan memproses sampel darah tersebut dengan hati sedikit sebak tetapi berjaya dikawal. Bakteria apalah yang akan tumbuh kat medium ni agak nye ye. kesiannya mak cik nie..umur pesakit tersebut dalam 70++.. Sebak memikirkan, dulu orang lain yang buatkan test ni untuk arwah mak aku. sekarang aku pulak buatkan untuk mak cik nie. sekarang family mak cik nie mesti tengah tertunggu-tunggu keputusan dari lab seperti mana kami tertunggu-tunggu dulu... Takdir Allah aku belajar microbiology sekurang kurangnya aku tahu macam mana pihak hospital detect sakit arwah mak.

Keesokkan harinya, masa untuk mencerap culture semalam. Bila aku tengok bakteria yang tumbuh amatlah semangat. Dikelaskan sebagai heavy growth sebab tumbuh sehingga ke quadrant ke 3 coretan agar tersebut..Masa untuk buat sensitivity test untuk tengok bakteria nie sensitive pada antibiotik yang mana. Senang cakap antibiotik mana yang boleh bunuh bakteria nie.. kali ni akak MLT yang proceed. Dia identify sekali bakteria apa tu. Aku harap mak cik nie akan sembuh lah bila Dr bagi antibiotik nie..

Banyak kali aku cakap kat dia orang..kesiannya mak cik nie kesiannya. Muka aku pon nampak semangat nak tengok result mak cik nie.. Munggkin dia orang tak tahu kenapa aku terlebih peduli tentang kes yang satu nie jika nak dibandingkan dengan kes pesakit dengue,TB dan yang lain-lain. Maha suci Allah yang berkuasa menggaturkan segalanya yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah atas satu pengalaman yang sangat bermakna bagi aku, mungkin tidak bagi kamu semua tapi bermakna bagi aku dan tak semua orang dapat rasa.






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jejak anda